Anjakan Paradigma

By Ainin Alya - November 21, 2012


Perubahan yang aku cuba terapkan dalam diri aku yang tak pernah cuba untuk berubah. Tiap-tiap tahun, mase New Year bukan main lagi pasang AZAM. Macam-macam la azam nye, kekadang tak masuk akal langsung azam aku tu. Usaha untuk mencapai azam tu pun, macam suam-suam air suam jew. Tak bersemangat langsung. Semangat mase nak cipta azam tu jew.

Hari ini genap usia aku 20 Tahun, memang lewat dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain ( mungkin sebab ni aku lambat matang ). Aku nak sangat berubah. Nak sangat jadi The Better Ainin Alya. Nak jadi kawan yang lebih baik, Anak yang "solehah", sister yang boleh diharap. Memandangkan perangai aku makin lama makin melampau, aku risau sangat aku tak mampu nak kawal diri sendiri. Aku takut aku kecewakan orang yang mengharapkan aku (walaupun tak ramai) but still ada yang mengharapkan.


Sempena hari ulang tahun aku ini, aku nak berubah. Aku nak belajar menjaga privacy orang lain. Kurang ambik tahu pasal orang. Dia nak jadi apa ke, nak buat apa ke itu semua "Up to them", yang mana nak berkongsi dengan aku, Dipersilakan.
Tak nak mengada-ngada dah. Tak nak merajuk macam budak-budak lagi. Nak jadi lebih matang dan LADIES~ ngeeee :D perangai keanak-anakan aku ni mula buat aku benci diri aku sendiri. Rasa macam "eyk eleh budak ni, merajuk jew keje kau kan?" . Aku pun dah naik bosan dengan karenah aku, orang sekeliling aku lagi la bosan.
Next semester, adalah last semester. Lepas tu, aku ada really long way to achieve. Terlalu rumit perjalanan hidup aku lepas ni, nak sambung DEGREE or KERJA. Belajar dengan aku memang tidak serasi, Bekerja pula aku belum bersedia. Jadi?? Penganggur? Suri Rumah?? Hahahaha~


Aku nak selesai semua benda yang pernah aku buat dekat TATI~ Maknanya bila aku dah tak de dekat situ lagi, aku tak tinggalkan kesan-kesan neagtif lagi lah.
Belajar mengawal emosi aku, aku dah malas nak naik angin tak tentu pasal. Since dah last semester, aku just nak ambil peduli benda-benda yang penting sahaja. Yang berkaitan dengan study aku, SAHABAT aku, next semester seriously aku nak jadi sombong gila. Malas nak bertegur sapa dengan siapa-siapa pun. Malas nak hipokrit dengan berpura-pura ramah~

 Sekian Terima Kasih,
Salam Genap 20Tahun ~ :*

  • Share:

You Might Also Like

0 comments