Dia Kemalangan~

By Ainin Alya - November 12, 2012

Cuti semester yang dah bermula sejak 31 October hari itu menyebabkan aku yang hidup di zaman batu ini lost contact dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Aku memang sudah sedia maklum tentang rakan sekelas aku yang kemalangan pada 28 October, cuma disebabkan kesibukan melayan karenah FINAL EXAM aku terpaksa melupakan sebentar keinginan untuk melawat kawan aku ini.

Selepas hampir 2minggu kawan aku ni menetap di Hospital Sultanah Zahirah, baru la aku berpeluang melawat dia (kenapa bahase aku macam kanak-kanak belajar B.Malaysia) . Aku bertolak awal pagi lagi (pagi bagi aku bermula pukul 11) punya la semangat nak melawat orang sakit. Walaupun usia aku dah pun 20 Tahun, tapi inilah kali PERTAMA aku ke hospital melawat orang sakit tanpa MAMA~ Sebelum ni, aku selalu teman mama, tengok kakak bersalin, anak saudara sakit, Kawan-kawan aku semua Sihat Walafiat ( Alhamdullilah ).

Trip kali ini aku pergi dengan classmate yang kecik molek GEE. Kami rancang untuk melawat ni pun dah last minute. Terasa sangat nak tengok kawan yang sakit ini. Ye lah, dah la dalam kelas tu ada 19 orang jew~ Tak kan la kawan yang seorang ni sakit pun kita tak nak melawatkan. Sebagai rakyat Terengganu, hari ini aku isytiharkan aku MALU dengan diri sendiri. SESAT dalam negeri sendiri, niat di hati nak la cari buah tangan sikit untuk pesakit ni, bincang punya bincang, pusing otak kiri dan kanan, berhempas pulas, aku dan GEE pun decide nak beli BUAH jew ( Dua-dua tak pernah pergi tengok orang sakit, jadi beli benda basic BUAH ). Dah siap pilih buah tu, nak berangkat la ke hala tuju utama kita orang,dan disitulah menunjukkan KELEMAHAN kita orang bab jalan ni. Dekat sejam pusing tempat sama, akhirnya berjaya juga keluar dari kawasan tu.




 Disebabkan ke'excited'tan melawat kawan yang sakit ni, kami duduk snap gambar dalam wad dia. Makcik yang jaga anak dia dekat katil depan pun dah pandang pelik jew. Alah makcik chill la, tak menganggu siapa-siapa pun kan?. Kami buat hal sendiri jew kan?. Tak menyusahkan makcik pun~


Serius masa tengok kaki LUTFI ni, sumpah aku takut gila. Tebuk Sane. Tebuk Sini. Besi Sane. Besi Sini. Kesian sangat. Bila dengar dia cerita macam mane boleh accident, aku rase pemandu kereta SAGA yang cross jalan tu bodoh gilakk~ Kesian sangat, dah salah tak reti nak mengaku dah tu langsung tak melawat LUTFI ni~ Duduk bersembang dekat sejam pastu mintak diri nak balik (konon jalan jauh nak gerak awal).

Otw nak keluar dari hospital tu, aku terjumpa la BENDA yang selama ni aku tengok dalam TV jew~ datanglah MOOD JAKUN aku dan roomate.

Hah~ macam biasa AJA akan teman la aku buat benda JAKUN ni. Nasib baik la kedudukan BENDA ni jauh dari pandangan umum. So boleh la ambik gambar~ 

 Moral of the story la~ JANGAN BAWA MOTOR LAJU-LAJU (dah accident susah)
To LUTFi, Cepat sembuh. Aku nak graduate dengan Mu~ Nak pakai Jubah Konvo sama-sama~

Sekian Terima Kasih,
Salam Buah Epal & Pear~ :)







  • Share:

You Might Also Like

0 comments