Dia Tu Kawan Saya

By Ainin Alya - November 09, 2012

Kawan, Teman, Sahabat, Member, Geng, Best Friend, BFF macam-macam lagilah term yang kta bagi untuk "The Chosen One" ni. Untuk aku, aku lagi senang panggil "The Chosen One" ni, SAHABAT. Sahabat ni istimewa sikit dari kawan. Kawan ramai, Sahabat ni betul-betul terpilih la. Dah 20 tahun aku hidup, dari tadika, sekolah rendah, naik high School, dah masuk kolej, dah final year pun, sahabat aku boleh bilang dengan jari jew. Sahabat yang aku nak cerita ni adalah HAJAR SHAZRIN ABD SALLEH. Selalu jadi kaunseling aku, tempat aku mengadu masalah yang bertimbun-timbun, tempat aku ketawa, and she is the one yang pernah tengok aku nangis.


She is "The Chosen One". Dialah semuanya, Sahabat, Kawan, Musuh, Lesbo-Partner, Counselor, AhLong (temapt pinjam duit), baby sitter aku dan sebagainya. Dah 2 tahun dia jadi roomate aku, since Semester 3 lagi till now (sampai graduate la). Dia dah terlebih faham apa yang aku suka (tidor, bangun lewat, weekend langsung tak nak bangun) dan apa yang aku tak suka. Kadang-kadang aku tak boleh nak hide apa-apa pun dari dia ni. Aku pusing la macam mane pun, she still know my real problem. She always said, that , she want be with me forever. 

Kami ada TAGLINE kami sendiri (ayat gilakk skema) "Aku Ade Mu, Mu Ade Aku". Lepas kes betray yang berlaku tak berapa lama sebelum ni, aku dan dia ni makin akrab, makin banyak berkongsi rahsia. Selalu aku akan cerita mostly everything dekat dia.
 Seriously dah terlalu banyak benda yang aku buat dengan dia, yang aku kongsi dengan dia. Kira kalau aku gaduh dengan dia, dan dia bocorkan semua rahsia aku, aku pilih duduk dalam gua.. Malu weyy~
Perangai dia yang aku berkenan - Dia rajin (aku malas), selalu ingatkan aku untuk Sembahyang (slow jew tegur, awak dah sembahyang) selalu teman aku pergi cafe,class,perjumpaan,tati mart. Memandangkan aku dengan dia je always, teramatlah janggal bila dia tak ada. Serius, tak tahu nak buat apa, kadang tu memerap jew dalam bilik dari pagi sampai malam. 

Kiteorang banyak share taste yang same, like baju (cuci mata dalam fb), lelaki (hahah, kalau aku kate budak lelaki tu handsome confirm dia pun cakap macam tu), makanan (ermm, memandangkan dekat cafe tu lauk same jew so taste dah berubah), music and others.
p:s/ aku nak jadi kawan mu sampai bila-bila

Sekian Terima Kasih,
Salam Rindu Dari Nepal~ :)











  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. "Seriously dah terlalu banyak benda yang aku buat dengan dia" aku sangsi dengan ayat ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmm~ aku pun sangsi.. mcm 18sx sikit. hahah

      Delete
  2. tq dear ! u're my precious lhaa..... Luv u ketat2!
    'aku ade mu , mu ade aku' INGAT! hehe

    ReplyDelete