Gangguan Emosi a.k.a. Stress

By Ainin Alya - November 09, 2012

Akhir-akhir ni, aku tanpa disedari mengalami masalah yang baru. Masalah yang aku sendiri cari pasal. P.A.D.A.M M.U.K.A kau Ainin~  Dulu masa awal-awal kau tak nak cegah, dah parah macam ni sibuk nak cari penawar.

Cuti Sem ni membuatkan waktu lapang aku (terlebih lapang T.T) aku pun pergi la jumpe Mr.Google, nak tanyalah pendapat dia tentang gangguan emosi ni. Banyak sangat nasihat dan pendapat yang boleh diguna pakai diturukan kepada aku.

Definisi
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang.

Si gangguan emosi ni pun menyebabkan seseorang tu berubah sikap~
Mudah marah (Yea, aku sangat-sangat)
? Mudah bosan
? Tidak mampu menguruskan diri / kerja
? Suka Mengalihkan kemarahan
? Sentiasa berpandangan negatif

TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN

? Bertenang, sabar, kawal, abaikan
? Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
? Redha dan menerima situasi
? Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat
? Rehat, bercuti atau pindah
? Sedar tahap keupayaan diri
? Seimbangkan aktiviti kehidupan
? Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah

Aku pun cuba dan terus mencuba untuk menangani masalah ganguan emosi ini. Haish~ menyesal tak sudah, menyesal sangat-sangat sebab ignore nasihat orang. Aku selalu terapkan dalam diri aku, Setiap yang Berlaku itu ada Hikmahnya. Tapi aku tak nampak pun lagi mana hikmahnya. Aku pun tak tahu dimana kebaikan yang akan aku dapat dari bende ni. Macam bodoh la pulak, bodoh sebab duduk tipu diri sendiri.

Sekian Terima Kasih,
Salam Sakit Hati Dari Seoul :)












  • Share:

You Might Also Like

0 comments