Kawan Tak Ramai Tak Ape, Asal Berkualiti

By Ainin Alya - November 09, 2012


Title yang sangat-sangat cliche~
Kawan yang berapa kerat ni sangat berharga bagi aku. Since memang tak ramai, aku sangat menghargai mereka (ayat B.Melayu SPM 2008).  Kawan yang dah berkawan sejak sekolah rendah pun masih lagi contact dengan baik. Masih lagi lepak sama-sama, masih lagi beraya bersama-sama.

Kawan yang dekat kolej sekarang ada seorang jew yang betul-betul "always there for me". Dearest beloved roomate, BFF, sister, enemy (nanti aku cakap banyak lagi pasal dia) Hajar Shazrin Abd.Salleh.

Kawan yang lain pun ada, cuma semua dah ada "geng" sendiri. Malas nak menganggu hubungan Friendship mereka yang comel + cute tu. But still kawan,still lepak same, still tengok cite hantu sama-sama.

Kadang-kadang aku takut nak berbaik-baik dengan orang. Takut disalah anggap, takut dikata menyibuk, menjaga tepi kain orang. Tapi memang dah azali lagi, perangai aku macam ni, kalau berkawan biar sampai bila-bila. Aku suka "care" pasal kawan-kawan aku. Tapi kalau "kawan" tu tak suke, anda dipersilakan untuk memberitahu saya terang-terangan.  Semua orang ada masalah, ada rahsia sendiri. Mungkin awak nak rahsiakan perihal awak, mungkin awak rasa saya tidak layak untuk mengetahuinya, awak boleh cakap dekat saya yew.. Cakap jew.. Saya Tak Kisah~

First entry pun dah berbelit-belit. Dah cakap Pasal Masalah. Dah menyakitkan hati. Dah muntah Hijau. For the first time,saya betul-betul tak reti nak handle hati dan diri saya.

Sekian Terima Kasih,
Salam sayang Dari London~ :D

  • Share:

You Might Also Like

0 comments