Past 10 Years

By Ainin Alya - November 12, 2012

Aku sendiri terkejut. Dah 10 Tahun kita berkawan. Susah senang memang tak terkira lah. Kenangan manis dan pahit kita lalui bersama. Bila dikenang semula, aku sangat bersyukur kita masih lagi berkawan sampai sekarang. Bila kita masih lagi berhubung diantara satu sama lain, masih lagi peduli semasa salah seorang dari kita sedang bersedih. Lepas SPM hari tu, semua bawa hala tuju masing-masing, mencari yang terbaik dan yang baru untuk masa depan masing-masing. Masa itu, aku risau sangat kita semua lost contact, tidak lagi lepak bersama, tidak bertegur sapa. Tapi ALHAMDULLILAH kita masih lagi bersama.

Tiap kali cuti semester, masing-masing cuba luangkan masa bersama. Tiap kali RAYA, semua akan berkumpul, bergerak dari rumah ke rumah. Walaupun masing-masing dah dewasa, tapi kalian memang tidak pernah berubah. Masih sama seperti 10 Tahun yang lepas. Masih lagi sahabat aku yang memahami aku.

Mungkin kita tidak bersama sekerap dulu, tapi bagi aku "QUALITY TIME" yang kita lalui sangat bernilai.



That time we spent together so precious to me. The same laugh and tears we share make me treasure this friendship more. Korang tahukan, aku bukan la penulis yang hebat macam SHEMAH, penulisan dulu pun cukup-cukup makan je. Aku tak tahu macam mana nak luahkan betapa aku menghargai kehadiran korang dalam hidup aku. Sumpah, aku sangat kagum dengan mereka yang mampu melayan karenah aku selama 10 tahun ini. Mereka sangat-sangat tabah dan kuat.



Bukan mereka bertiga je. Masih ada lagi yang lain, tapi mereka bertiga ini lah yang sangat memahami diri aku. Selalu buat aku ketawa ketika aku sedang sedih. Sejujurnya, kehadiran kalian melengkapkan hidup aku yang kundus ini..


Gambar ini semasa HARI RAYA AIDILADHA yang lepas. Keluar dengan mereka untuk melepaskan rindu. Untuk kalian, dilarang MENGANJIM~

Sekian Terima Kasih,
Salam BMW Tina~ ^.^





  • Share:

You Might Also Like

0 comments