Perubahan Masa~

By Ainin Alya - November 12, 2012

Bila start jew musim cuti persekolahan ni, mula la rumah aku berubah menjadi PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK. Penuh dengan tangisan, jeritan, ketawa budak-budak. Dengan anak buah aku yang HYPERACTIVE boleh meningkatkan tekanan darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, kencing pahit aku, Haish~ dah puas aku marah, dah puas aku membebel, dah puas aku ketawa dengan mereka, tetap tiada perubahan didalam jati diri mereka.


Dalam aku duduk menjaga dan menemani mereka ini lah,aku terperasan tentang perubahan masa.
Aku rasa baru je lagi, aku yang dimarahi sebab degil dan nakal, baru jew la aku dimandikan oleh mama, baru jew lagi aku punya makanan orang tolong hidangkan. Masih segar di ingatan aku yang malas nak ke Tadika dulu,sampai kena paksa pergi pun aku tetap tak nak ( sebab tu bengap sangat ). Masa ambik UPSR,orang lain sibuk study,bace buku, aku duduk berlari berkejaran dengan penuh keriangan di koridor sekolah bersama rakan-rakan. Dapat result pandai buat muka INNOCENT depan mama dan abah. Dah naik Sekolah Menengah, perangai makin menjadi-jadi, degil makin melampau-lampau. Result PMR yang aku puas hati buat aku sedar pentingnye PELAJARAN.  Sedar tak sedar dah 3 tahun aku BUANG baju sekolah, BAKAR buku nota dan latihan lepas SPM.


 Sekarang dah sampai turn anak-anak buah aku pulak. Sekarang baru aku faham kenapa MAMA dan ABAH selalu suruh aku belajar, Kenapa KAKAK selalu marah aku keluar merayap balik maghrib. Dulu orang cakap "bile seseorang itu marahkan kita sebab dia sayang" sumpah aku tak percaya, dah marah nak cover dengan ayat ini. Tapi bile dah TUA ini, baru aku mengaku memang ayat itu betul. Bila kita sayangkan seseorang itu, kita akan risau dan takut sesuatu berlaku pada dia. 

Setiap nasihat, perhatian yang keluarga kita bagi itu ada sebabnya. Mereka hanya mahu yamg terbaik untuk kita. Mungkin mereka sudah merasa kegagalan, kepahitan dunia, jadi mereka tidak mahu kita juga merasa benda yang sama,

Sekian Terima Kasih,
Salam 20 Tahun ~ :(

  • Share:

You Might Also Like

0 comments