Rasa Hati Part 1

By Ainin Alya - November 19, 2012

Hah~ bermulalah sesi meluah perasaan dalam blog aku. Sebelum ini tak pernah lagi aku tulis apa-apa private dekat sini. Tapi memandangkan aku tiada medium lain lagi untuk meluahkan, aku guna je lah blog aku ini. BLOG AKU! suka hati aku!

Pernah tak rasa yang korang ini terhegeh-hegeh?? Aku maksudkan macam ini lah, korang always there untuk someone. Every single time. Always try the best to comfort them. Iye lah, dah someone tu korang anggap macam kawan baik korang. Bila dia ade problem, korang nak tolong, bila dia sakit korang nak care. But when it's your turn, someone itu entah ke mana. Bukan korang tidak mengadu, bukan korang tidak bercerita, tetapi someone itu lagi selesa untuk tidak ambik tahu.

Kadang-kadang itu, disebabkan kebodohan sendiri, kita masih lagi memnberi peluang dan peluang untuk mereka, tanpa kita sedari, peluang itu sebenarnya hanya membunuh kita. Bila kita sedar yang kita tidak penting didalam diri mereka, kita yang merasa kesakitan itu. Kita merasa segala usaha yang kita lakukan untuk menjaga hubungan itu sia-sia.


Bukan sekali dua kita memberi peluang, namun apabila ia di sia-siakan, aku bukan la terlalu bodoh untuk terus memaafkan. Bukan mengungkit apa yang pernah aku lakukan, cukup untuk kau menghargai apa yang pernah aku buat. Cukup untuk kau ada semasa aku memerlukan, cukup dengan hanya bertanya 
"Kau ok tak?" 

Mungkin lebih baik aku juga tidak memperdulikan kau. Mungkin kau lebih selesa mencipta GAP antara kita. Mungkin kita tidak patut kenal pun. Aku makin selesa tanpa kau sebagai KENALAN~

Sekian Terima Kasih,
Salam Matanglah Sikit ~ :)

  • Share:

You Might Also Like

0 comments