Winter Travel :: SEOUL, SOUTH KOREA (Part 3)

By Ainin Alya - January 19, 2016

Day 2 :: Awal pagi bangun masak breakfast, and letgooo!!

First destination ktorang ke Namdaemun Market, Awal x awal lah, sampai kedai pun banyak tak buka lagi masa ni..

Motif utama, belikan kembar kasut since diorang cakap kasut diorang berat sangat, belikan kasut diorang tapi makcik diorang terbeli sekali kenapa? Kasut 5,000 won.. Hahaha..

Pusing-pusing Namdaemun sampai dekat pukul 11.00 a.m. (sorry aku miss-track pasal jam sepanjang dekat sini) Actually lepas Namdaemun, plan nak ke Bukchon Hanok Village, tapi bila tengok maps balik, lagi dekat ke Namsan Tower..




Ambak train ke Namsan Tower ( nanti last entry, aku share itinerary). First cable car ride, price 8,000 won for round trip. Sebab memang aku tak akan menapak mendaki bukit.


see depan tu, ade lift untuk sampai cable car station, yang ni free lagi, naik cable car tu yang berbayar. and since x ramai orang sangat kan, lengang-lengang kangkung lah kami, Matahari terik tapi goshh sejuk ilos..


Yeayy NAMSAN, see x ramai orang sangat kan? Lagilah iols berlenggang. Sebab aku actually dah pancit masa ni :( Dengan sejuk yang memang tak kene langsung dengan aku, so lepas nih memang aku x akan pilih winter, melainkan January, sebab ada snow. 


Ada show apa entah lepas tu, jd depan pavilion ni diorang tutup, tapi aku tak tunggu nak tengok pun, sebab nak ke MYEONGDONG!! Makan Nasi Goreng... Dan tolong lah layan selfie kami, sebab masa ni Along and Kembar duduk dekat area Love Lock, so memang tak ada photographer yang tolong ambik gambar. Banyak sangat love lock ni, sampai aku rase memang dah takde ruang lagi nak selit. And aku memang mintak maaf pada lock sape entah yang aku tulis nama aku. :)




Photographer amatur kekonon belaja photography dulu sekejap. And i think Hajar yang banyak ambik gambar and aku adalah pemandu pelancong yang banyak sesat :)


And Namsan So amazing. Peaceful and ramai family dekat sini, dating pun ramai. And masa tu mungkin aku dah give up dengan kesejukan, Lama gilar aku dduk melepak, sampai memang kira aku hilangkan letih. Naik ambik gambar dekat platform jew, x naik pun menara tuh, alah mahal gilos, x nak lah aku.. Masa ni winter, duk mengharap snow turun, tapi ye lah baru awal winter, cuace pun tak lah sampai - celsius. Ade je lagi minah-minah pakai skirt. X sejuk kot. and ofcos Kembar beli ice-cream ( x ada sebarang gambar, sebab terus ngap) 


Dari Namsan ktorang jalan ke Myeongdong, dekat je actually, turun jalan straight pusing kanan sikit, jalan sikit pusing kiri. Kahkahkah, aku tak ingat satu jalan pun, banyak je signboard yang ada, and Myeongdong ni korang nampak UNIQLO besar gedabak, nampak NATURE REPUBLIC ha, Myeongdong lah tu, tak ragu lagi..


Manusai dekat MYEONGDONG sangat ramai! And i love ittttt!! Sale sangat banyak tp since Bajet tak ramai kan, so aku just beli untuk kegunaan sendiri :) Yeayyy EXO handcream, yeay FACE MASK and freegie to.. Murah rezeki uols, bnyk bg facemask free dekat i.


Beli 1pack percuma 1pack, ko hadow?? dah dapat 10mask dekat situ.. And aku beli 2pack, Dapat 20mask rasa nya. (Gosh aku dah lupa semua benda)



ARTBOXXX.. Dekat dengan YOOGANE, tempat makan nasi goreng seafood yang so YUMMY!!
Artbox ni bersepah dalam Seoul, tapi aku jumpa satu jew :/ and manusia dalam ni ramai sangat. Still manage utk grab 2 batang ZIQ Calligraphy Pen. Still x pandai nak guna, still tulisan aku buruk nak mampus!


Nasi Goreng, order 4 serving and add-on ramyun and ddeok. And side dish yang boleh refill free and salad die sedap nak mampus :/ and i loveeee it so much, Kedai pun comfy jew, and ramai orang. Sebab ktorg pergi weekend kan, bersesak dekat Myeongdong.


And ofcos Opps Nutella Pancake yang famous giler. Alahai, oppa putih nye oppa, saya yang prempuan pun gelap nak mampus. 

Lepas merayau dalam Myeongdong balik rumah and sambung tidur, kiteorang banyak balik awal, sebab memang langsung tak tahan sejuk. And aku punye stamina mmg low gilos!!


Look what i found otw balik, Myeongdong Underground Shopping Center hidden gem utk Kpopers!






  • Share:

You Might Also Like

0 comments