Winter Travel :: SEOUL, SOUTH KOREA (Part 4)

By Ainin Alya - January 20, 2016

Day 3 : Hari ni weols berjalan-jalan GYEONGBUK GONG. Awal pagi jugak lah gerak, malas giler nak bangun, and internet dekat rumah sangat laju (Owner guesthouse ada provide egg untuk guna, and kami-kami tak pandai guna or actually, benda tu cepat habis battery kot).

Sampai Gyeongbukgong keluar je exit die, terus name King Sejong terus rasa ohh gosh iols dekat Seoul. Feeling masa layan Running Man membuak-buak engko. Ramai pelancong kat sini, Kiri kanan ada Malaysian or Singaporean. Dah macam dekat KL jew rasa. Cuaca still lagi sejuk and i love this place. Pastu ramai oppa oppa polis, entah kenapa macam busy jew semua. Ke memang rutin pagi diorang?


Dengan Hajar!! TQ babe for this beautiful memories, kenang sampai berkedut!!



And my favourite shoot!! Our Family and finally aku tukar dp facebook aku!!
Love the picture and the person inside it! Tq Along for been such a wonderful sister, and counting more to our journey after this!!!


And ofcos sebagai pelancong, gambar kene berlambak sampai penuh memory tanpa memory spare dan menyesal nak mampus.. So apa yang menarik dekat Gwanghamun Square nih? Ade statue King Sejong and General something yang belah belakang sana, and kami langsung tiada niat nak pergi tengok. Kejam kan :/



Kembar masa ni still tak berminat nak bergambar, dah nanti Hajar ajar nye kembar posing hambikkk!! gambar diaorg je yang banyak.







Gyeongbuk Gong or Gyeongbuk Palace. same je, tp biasa dengar Yoo Jaesuk cakap gyeongbuk gong. So biasa lah kata big fans Yoojaesuk kan.  Lama lah jugak menapak dekat sini, sebab rasa nya ada changing guard ke benda acara ntah, memang kene dengan timing ktorg, x lama pun tunggu, diorang tukar guard dekat gate. Actually, ktorg tak masuk pun dalam palace, dduk dekat main gate and masuk dalam tu sikit, x sampai kaunter. Ye lah sebab dari awal memang tak planning untuk masuk dalam. masa ni dah start ramai orang and aku dah start rimas nak mampus lepas tu please jauhkan diri dari i, I is tak selesa you. Hahaha...


Dah jenuh dekat sini, mulakan misi jalan kaki ke Samcheong Dong and Bukchon Hanok Village, depan Palace ni ada jual Hobakyeot. Rasa sebijik macam coklat nisan kite, but i like it.. Mula-mula keras, pastu jd chewy sangat!! Omo dah terliur balik. (p/s : kami memang manusia yang jarang-jarang ambuk gambar makanan)

On our way to my favourite place!!



And nak sampai Samcheong Dong agak jauh dan meletihkan terutama cuaca yang sejuk. For sure Samcheong Dong sangat lovely, tempat ni bersambung jew rase nye dengn Bukchon Hanok Village, sebab tau-tau dah sampai Bukchon. Tu pun bile dah tengok banyak rumah-rumah traditional. So owwhhh ni ke Bukchon. And bile tengok gambar-gambar orang lain, clear je, takde ramai orang pun, silalah jangan berangan, sebab nak dapat gambar clear tanpa sebarang photobomb sangat mustahil.



Antara kedai-kedai dekat sini, samcheong dong banyak cafe and kedai kecik-kecik jual perhiasan, stokin 1,000 won dan glove 3,000 won. Muahaha.. and aku borong banyak stokin tapi yang aku dapat hanyalah 1 untuk diri sendiri. Serious talk 5stars untuk Samcheong Dong, x de ape-ape pun, tp this place sangat-sangat peaceful, romantic, kalau jalan pimpin tangan dengan oppa sangat sangat sesuai!!



Dekat area famous untuk pelancong, akan ada orang seperti kelihatan diatas dekat tepi-tepi jalan. Tanya je nak ke mana, diorang akan guide korang satu-satu. Good Job! and Bukchon hanok village ni, kiteorang masuk dari arah belakang, pun tak sure macam mana boleh macam tu, tapi dah nk keluar baru ktorg jumpe main entrance. Hantu betul!


Our first Red Bean Fish bun!



Hambik gambar tak hingat dunia, and dekat belakang tu rasenya ade shooting something, tapi tak sure untuk ape.. And ajushhi, ketepi sikit, iols is taking picture. 



Kate peminat Running Man kan, and kalau addict dengan Monday Couple, korang akan kenal this place!! Gary ada Jihyo that time, and aku takde sesape. I is redho!!  Lama lah jugak ambik masa selesai Cover 3 tempat nih, tapi tak ada lah sampai petang pun, jadi Along ajak pergi Paju.
Motif : PAJU PREMIUM OUTLET.

Actually tempat ni, aku dah keluarkan dari itinerary, sebab memang tak akan beli benda pun, yelah Along nak sangat pergikan, jadi marilah kita menapak selama 1jam30minit untuk kesana.

Premium Outlet Paju sebijik sama dengan mana-mana premium outlet, and aku dan Hajar awal-awal dah give up untuk shopping, jadi melepak dekat cafe tunggu Along siap shopping. And ADAM this time, hilangkan bag. Tertinggal dalam bus actually, boleh dia turun lenggang-lenggang kangkung jew. Bising kejap Along.


Minum hot coffee sebab cuaca agak sejuk, Aku dgn Hajar melepak dekat sini dari terang sampai gelap, dari lampu tutup sampai buka, dari meja sebelah tu bertukar 4 orang berbeza!!
Punya lah lame. *nampakkan lama dia tu?


Masih tak mampu beli coach didepan sana, masih lagi tak berani masuk check harga, takut tetiba nangis depan kedai.



Bila dah gelap, tempat ni soooo pretty and i love the christmas light so muchhh!!! Ada reindeer yang mengelip, ada christmas tree, and train ada everything!! Jujur cakap aku tak beli hapew pun, Coffee 1 cup and letgo homeee~~



Sampai Seoul, stop by dekat Hongdae, and tengok budak-budak muda terkinja-kinja (iols is dewasa). Pastu pusing Hongdae sekejap, berkejar nak balik rumah, sebab nak g Lotte Mart, takut lottemart tutup. And benar jangkaan kami, Lotte Mart dah tutup, so malam tu masak je apa yang ada, esok baru kita beli makan basah lain..










  • Share:

You Might Also Like

0 comments