Awex Ke Singapore ::2-4 August 2016:: Day 1

By Ainin Alya - August 15, 2016

Bukak cerita pasal Singapore selepas seminggu. Pantas dan cergas sis buat kerja. So singapore ni, not too sudden planning. Plan around puasa rasa nya. Plan untuk 4 orang, aku, Shimah, Tina & Camy, tapi Camy terpaksa tarik diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan.. But heyyy till next time, kite semua ke tempat lain pulop..

01.08.2016 - Ambik bas malam dari Dungun - Larkin.
Rela kau naik bus 7 jam, sebab nak jimat duit. Bas gerak pukul 10.30 p.m. masuk bas terus aku tidur dengan jayanya.

02.08.2016
Sampai Larkin Pukul 6.30 pagi - selesai subuh, pergi beli McDonalds, konon nk breakfast. Dah pukul 7.30 a.m. ambik bus SBS TRANSIT (RM2.50) untuk ke SINGAPORE. Tapi gosh jam atas jambatan tu over nak mampus!! Sampai singapore selepas hampir 3 jam..

Since kiteorang beli tiket bas ke Queen Street Terminal, jalan kaki sikit ke Bugis MRT , nak beli Tourist Pass. Cuaca panas macam Malaysia, panas sikit kot. Tak hujan, so far so good~

Dari MRT BUGIS, kami nak ke Singapore Zoo.... yeayyy for the free ticket and yeayyy zoo besar giler!! Untuk ke Zoo, take MRT to Ang mo kio MRT and take a bus to Zoo. Keluar Ang Mo Kio, lintas jalan ke sebelah sana, masuk balik mall depan and ikut je signboard ke arah bas terminal. Indoor terminal, dalam mall.. Ambik bas 138 jangan jd macam kami, tunggu dekat bus stop tepi Ang Mo Kio, ade lah dalam 20 minute tunggu melengok dekat situ. Asal lah bas 138 tak lalu pun. Ye dik, bus tu x lalu..

Sampai ZOO, and tunggu kawan TINA bawakkan tiket, dalam pkul 2 baru start masuk zoo, sewa locker, sebab takde maknenya ak nak galas beg besar gedabok tu pusing satu zoo.

 






Nah sis share gambar selfie berjemaah, sebabkan iols ade monopod, kene lah guna dengan jayanya. Lepak dekat Zoo sampai dah petang, dalam pukul 4.00 p.m gerak balik untuk check in MORI HOSTEL. 

Ape yang best? Zoo tetap zoo.. Pencinta haiwan mungkin menghargainya dengan lebih baik. So tengok Elephant Show, tengok orang and that all. Untuk free ticket, it's worth it!

Pukul 6.30 p.m, settle semua check in, balik mandi and makan maggi dalam bilik. For MORI HOSTEL, recommend untuk backpackers, in group of friends, untuk family, maybe should find some other place. Untuk iols jiwa remaja, this hostel is great, air-cond kuat nak mampus, bilik ok, bed ok, toilet ok, (shimah jumpa lipan on the first day, lepas tu semua extra berhati-hati ke toilet). Breakfast really basic breakfast, cereal, bread everyday. Weols melantak mcm org kebulur!

Pukul 8.00 p.m kami gerak ke MARINA BAYS!!!! 
Layan water show dari tingkat atas, sebab terkial-kial tak tahu nak pergi mana. Sebab lepas keluar dari Marina Bays MRT, terkontang kanting, ikut orang naik tingkat atas, so naik and lalu macam outdoor park lepas tu ke sebelah sana. Ambk gambar pastu baru perasan show dah nak start kat bawah, and sesat lagi cari mana nak turun. Selepas terkial-kial, jumpe lift, masuk MARINA MALL balik, baru jumpa jalan keluor. And water show pun dah habis. So lepak ambik gambar, mehayati lampu, tengok LV, tengok GUCCI pastu berangan beramai-ramai, indah nye malam ini..




Thank You for this beautiful memories.. Till next time...

Dah selesai photo session, balik MORI HOSTEL, beli mineral water sebab tak de air lasong untuk minum. Keliling hostel banyak kedai runcit, banyak kedai gems stone, Chinese & Indians ramai tinggal dekat area tu. So tak de lah sunyi sepi pun, x risau sangat nak balik jalan malam. First day ni ade 2 orang from indonesia stay dekat bilik kami.Tanye banyak pasal Indon, diorag tanya pasal Perhentian. And that's a wrap for first day.

p/s : tidur berdengkor, pastu telan panadol extend, habis kot bawak sekotak!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments