Awex Ke Singapore ::2-4 August 2016:: Day 2

By Ainin Alya - August 15, 2016

Day 2 :: 03-04-2016

USS!!!
Yeayyy my kind of heaven on earth! Even aku dah pancit awal..

Bangun pukul 7.00 a.m. siap-siap breakfast dekat hostel jew. and lets the journey beginn~

Untuk ke USS, Dari farrer park mrt ke HarbourFront MRT. Sampai Harbour Front, korang akan keluar dari dalam mall, VIVO CITY mall, dari situ, just follow signboard, boleh naik monorail, cable car or jalan kaki. Rasa kami pilih yang mana? Yes, jalan kaki! Hahah rela kau, budget punye pasal. Dalam VIVO MALL ni, aku beli roti untuk makan-makan dalam USS nanti.

Tiket beli dengan TIKET USS SINGAPORE MURAH . RM150/PERSON. Alhamdullilah bukan scammer, sebab masa ktorg nk masuk, line sebelah tiket diorg tak valid, sebab barcode pernah digunakan, and diorang pun beli tiket online (tiket print atas A4) .

VIVO Mall ke USS melalui SENTOSA BROADWALK dalm 8-10 minutes, ade escalator along the way, so bukan berjalan sangat. Enjoy the view sikit-sikit, did i mention Hari ni HUJAN? Nasib woii hujan renyai-renyai jew!!

Cakap pasal main dalam USS, esok pun tak habis, since pusing satu USS kan, longggg journey. Orang pun ramai. and omoo dah tengahari panas dia bukan main-main.



Recommend Games :
  • Water World Show (tunggu sejam, berlari-lari cari seat, basah kuyup, cuci mata)
  • Revenge of The Mummy (yang ni Ya Allah.. serious takut nak mampus, sebab memang tak sangka sekejam ni game tu!! weols masuk 2x yang ni, xde waiting line langsong)
  • Jurassic Park Rapids Adventure (yang ni pun waiting line sampai 1JAM! memang panjang nak mampus, and ingat kan jenis macam Everland, untuk whole family enjoy, yang USS ni sila kebalkan jiwa anda).
  • Accelerator (yang ni pun naik 2x, uncle tu sporting giler, so enjoy the ride lebih sikit)
  • Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle (yang ni pun over best!! hahaha. peminat transformer please gi sini please!!)


Main game tahap sampai kebulur, and makan dekat Oasis Spice Cafe (Ancient Egypt Zone), ambik nasi beriyani ayam tandoori ke bende $14 one set. Tak nak lah convert nanti nangis.

Sambung main lain, beli slushie $5 kongsi dengan shimah, beli fridge magnet untuk kakak-kakak $21 habis, tak nak convert jugak. Dah pukul 7 gerak balik. Sebab ingat ada parade nak lah tunggu lama sikit, sekali parade time weekend jew, hapew bende!! Sedih lah~ Balik tu still jalan kaki. Masih kental.





Next stop , Merlion Park!! Hello tak Singapore kalau tak Merlion Park. Yang ni pun sesat sikit, or Merlion Park punya nearest MRT station memang jauh?? Sebab memang menapak jauh sangat!! And sampai sana, Sorry "Merlion is tacking Bath". Berani kau renovate masa aku datang.. Like seriously?

So bergambar jelah dengan mini merlion . Tu pun habis pose, elok jew ramai orang!! Duduk lepak dekat bay tu, tengak water show dari seberang sini pulak. Ramai pelancong, budak-budak sekolah dari Korea ramai dekat sini, ada abacus game rase nye, sebab dkt USS ade sekumpulan dari Taiwan untuk abacus game jugak. 
Wrap a day dengan balik hostel, melantak maggi dan tidur, Bilik malam ni takde sape-sape. Kami-kami jew dalam bilik. 



  • Share:

You Might Also Like

0 comments