Krabi - March 2017

By Ainin Alya - July 16, 2017

Hi, and hello. Good bye too.

Blog dah berhabuk, berkarat sebab tuan tanah buat alasan busy kemain. Hahaha. Cuba dah bukan tak cuba nak update blog, tapi sebab lately banyak layan Shinhwa Oppa, jadi duniawi ditinggalkan sebentar. p/s 01 July hari tu, Eric oppa kahwin. Tahniah lah, bahagia lah ye. Ok jew. So far so good jew.

Ok back to main topic, 09 March aritu, aku, along and fam serta Shemah, backpacking gaya orang miskin ke Krabi. Trip 3Hari 2Malam and thank you Along for the free ticket, I love you, and I will love you more kalau free ticket ke London. Kekeke.

Gerak lepas balik kerja, ke Kuala Terengganu, flight malam tu pukul 9 something kalau tak silap, and that night just overnight dekat KLIA, pukul 5.00 a.m. Along sampai dekat KLIA. Flight ke Krabi pukul 7.10 a.m.

And I love Along’s camera so much.. why so perfect baby Huawei

Sampai Krabi, 9.30 a.m. waktu tempatan. Cari Bus ke Bandar Ao Nang, book hotel Nama Baan Kure, recommend sebab depan Hotel tu ada kedai Pad Thai yang sedap nak mampus!!! Hotel dekat dengan pantai, walking distance, ada 7-Eleven (coffee caramel macchiato, murah & sedap).



Look at this beautiful being. Look at it!! Sumpah weh, sedap giler. Kalau kaya raya, aku rela je fly ke krabi just for you baby.

Lepas check in, rehat mandi semua. And food hunting began, try pad thai kedai mak cik (semua aku panggil mak cik kalau jual makanan sedap), 80baht per serving, memang puas hati, 3 hari dekat Krabi, hari-hari aku makan ni.


So dari hotel nak ke pantai, akan lalu gerai-gerai makan, so lepak lagi dekat situ, boleh take away or makan dekat situ. Food semua murah-murah, buah manis kemain, abang-abang pun kacak kemain. Eh tetiba…

End up makan lagi, try pad thai dekat sini, tak sedap. Sedap lagi kedai acik kami. Acik kami ada orkid atas mee. Pantai Ao nang, cuci mata layan abang sado, tengok family bahagia, orang honeymoon, tapi sis tak goyang, sis okay je single. Sumpah cakap!

Tengok sunset, view sooo pretty, pantai Dungun pun lawa, tapi pantai Ao Nang lagi lawa.
Along and Abg Syed tak turun sampai bawah, so kami berempat play tourist very well. Take dozens of photo, sumpah bila dekat tempat orang kau memang tak akan rasa malu nak berposing macam mana. No one care, no one judge, you just be you. Wrap a day with night walk back to hotel, stop dekat banyak kedai, souvenir berlambak tepi jalan. Simpan dulu shopping, esok is shopping day.





Day 2 :


Abg syed and kembar buat islands hopping, lepas deep discussion dengan Along and shemah, decide tak payah lah buat, panas, sunburn baby ninin nanti. Duhhh~

So kaum wanita go shopping. Breakfast still kedai mak cik pad thai sedap. Hahah tiap hari wajib pergi kedai mak cik. Try tuk-tuk untuk ke pantai. Konon kan, tak Krabi kalau tak Tuk-tuk. Pusing pantai cari best souvenir, nak beli notebook. Jalan sampai area mcdonalds jugak lah. Panas giler weh!
Kami tak lunch mana-mana, sebab kedai yang nak pergi tu, tutop pulek hari ni. Beli coca cola, sebab botol dia super cute! Good walk tengah panas, tetiba rindu cool breeze dekat seoul, terindu seoul. Nangis nak pergi seoul lagi.

Tunggu AJ balik dari pulau, nak pergi KRABI NIGHT MARKET! Super duber food heaven! Name it babe, semua ada. Rela mari krabi time weekend, sebab nak try jugak Night Market ni. Naik macam tuk-tuk tapi besar sikit. Masa abg syed deal dengan die, dia cakap 500bhat untuk return, aik sekali masa hantar, dia cakap 500bhat untuk one way, tapi since dah sampai depan hotel dah, bayar je lah kan. Bosan meh rosak budget sis untuk coffee esok!



Night market besar giler, food, cloth, souvenir semua ada. Souvenir dekat sini lawa sikit dari Ao Nang, lagi cute, lagi muda Nampak. Harga pun lebih kurang je, nyesal lah jugak dah beli dekat Ao Nang. Dekat sini pun boleh lepak makan-makan, dekat tengah tu, ada sedia kerusi meja untuk duduk makan, tapi Ya Allah umat manusia ramai giler. Beli kerabu sotong, and OMG sedap giler, beli crepe pun sedap giler. Sumpah, makanan dia sedap giler. Sedap dan murah!



Malam spent dekat balkoni, tengok orang jenjalan, tengok orang bawak bag besar kemain cari hotel, tengok three-some. Tengok hotel depan sebab lagi lawa.

Last day dah.

Since flight pukul 2.30 p.m, kena sampai awal dekat airport, so last day just spent dekat dekat mak cik for the last time, pusing area hotel, beli good cheap coffee. Last day dah run out of money, spent most everything dekat kedai mak cik. Kaya mak cik ada costumer macam saya kan.


Naik van ke airport, airport krabi kecik je, sampai awal kemain weh!! Run out of idea nak buat apa dekat airport. Pusing habis satu airport, taken dozens of photo again. Survey abang pilot or abg staff airport. Tidor bangun and finally take off.

Good bye my krabi, good bye lovely pad thai. Till next time.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments