SEOUL, SOUTH KOREA - DAY 6 & 7

By Ainin Alya - April 18, 2019

Sis is really need to finish up my Seoul trip entry. Dah 4 bulan berlalu. Hahahah. those malas in me are too strong this day. I just cant write anything at all this day. So untuk this entry, i will end all the leftover stories from Seoul and will start writing for my Melbourne trip.

Untuk day 6, keluar lewat dah, and today aku jalan-jalan seorang je, Along and family ke Dongdaemun Market and sis is fakir miskin untuk shopping. So today aku decide untuk jalan-jalan area Ewha University je. The weather cantik nak mampus, tapi sebab sorang-sorang kan, gambar pun memang terhad giler. 

Nasib jumpa Malaysian family, aku mintak diorg ambikkan gambar and in return aku tolong ambik gambar diorg. Hello bukan senang seorang Ainin nak menegur orang. Demi gambar, sis manis muka, ramah tamah bertanya macam-macam dekat diorang.


Ewha University are so cantik and lovely. Banyak giler tempat untuk lepak and shopping. Pastu eh memang ramai orang ke gane? Nak dapat solo shoot tu memang goodbye lah. And sis ofcos jauhkan diri daripada kawasan ramai orang. Good bye Ewha, your have been amazing for first 15minutes.



Lepas tu since awal sangat lagi, aku lepak dekat Angel-is-us coffee shop. Duduk lepak lama kemain, coffee ice even sejuk keti weh dekat luar. Beli a fews thing jugak dekat area ni. And memang sis balik awal, give up weh jalan tengah sejuk. Pastu actually nak jalan dekat tempat lain jugak, tapi takde duit. Hehehe.


And lepas tu, petang dah sikit, pergi Incheon Airport sebab along beli tiket reserve ticket MAS today. Lepas tu dah sampai tunggu till kaunter bukak, and dukacita full dah flight. Lepas tu marilah berhuhuhu. And along kenelah ponteng her class tomorrow and balik sekali dengan kitaorang je lusa. Kekeke.

Day 7

Hello new day, so today plan memang biasa-biasa, lagi biasa dari semalam. Pagi tu nk kene check out from the airbnb pastu akan check in dekat guest house dekat area Incheon since esok flight pagi hari. Untuk today, aku pun keluar seorang je, pergi area city hall, dekat situ ada Deoksugung Palace. Yang gate dia tu, GOBLIN shooting place tu. 

Oh today pun snowing, tapi tak lebat sangat. Sooo sejuk weh, and this place are so cantik. Since memang awal pagi gila, so memang tak ada orang lansung, pastu sis pun malu-malu ar nak mintak orang ambikkan gambar. And tak jumpa tourist langsung. Semua orang sana je. So sis set timer and ambik lah gambar sis sendiri. 

Tolonglah enjoy gambar sis di bawah. Sis memang suka share gambar berlambak-lambak. Jalan-jalan area sini sekejap, and damn this cold weather not as good as i think. Urghhh dear self, no more winter trip after this. Kita jalan-jalan time autumn or spring okay lepas ni.


From Deoksugung Palace, just lintas jalan to City Hall, depan city hall ada sign I SEOUL U. Arghh so cantik, and of cos awal pagi takde orang nak menganggu sis. Owh jumpa tourist dekat depan sign, so gilir-gilir ambik gambar. So nice kan bila dekat tempat orang. 

After that, terus balik rumah and start real packing time, and move to Incheon for a night. Good bye good Seoul, you always been great for me. I love u dearly dear Seoul. Definitely will be back again someday. Aktiviti dekat Incheon tak banyak pun, just walking around the guest house. Pergi dekat mall something, and buy a bunch of things, makan ice cream, makan macaron, ohhh and lepak makan ramyeon dekat convenience store finally dah macam korean kan. Fuhhh
Wrap the trip with tidur awal and rehat dengan baik. Beli strawberry, beli ice cream makan dalam guest house, habiskan cereal dalam guest house. Tak pernah-pernah minum susu, minum susu dalam guest house. And dear Seoul, i love you too much!. We will meet again okay. Urghhh too emotional.

And next time sis will be updating about Tina's wedding and my recent trip to Melbourne. Lot's of love always. 

P/S : Sis are going nut over that PUBG streamer Choco Taco. Damnn boy looking good..

  • Share:

You Might Also Like

0 comments