AUTUMN TRIP - MELBOURNE 2019 PART 7

By Ainin Alya - July 13, 2019

Day 6
Last day in Melbourne, and sis is not ready to leave this city. Always love the city vibe more than everything. Wake up early, masakkan everything yang ada, sebab memang tak boleh nak bawak balik kan, banyak lew makanan berlebihan. Pastu kene lah buang weh. Adeh goodbye good food. 

Ingat nak call taxi or something. Nak jalan malas dengan bag semuakan. Pastu lepas check out tu, tunggu lah depan tu incase ada yang lalu. And ade lah yang lalu, pastu die masa dia stop, ada yang berpusu-pusu pergi. So aku ingat diorang punye cab lah kan. Aku pun masuk balik lobby Aria, tengok-tengok die tak pergi pun naik. Lol bodoh-bodoh lah! Ape benda kau nak berebut pastu, tiba-tiba blah gitu je.

Dah tunggu lama jugak, tak de pun cab nak lalu yang could fit all of us and the bags, tanya receptionist tu dia cakap, you could just walk to Southern Cross Station from here. Pastu okay lah decide jom lah jalan. And actually memang tak jauh pun, Cuma bila kau dengan luggage and super big bag, memang jadi mencabar giler lah. Fuh nak nangis weh jalan nak sampai. 

Okay sampai Southern Cross Station, semput macam nak mampus, pastu duk rehat sekejap, and yeayyy rela walk to Marvel Stadium. Tak jauh sangat, really tak jauh pun. Yang jadi jauh nya, sebab aku macam bangang kene pusing satu stadium, okay!


Bile kau dah sampai depan stadium tu, aku macam decide let’s go ke arah belah kiri Gate 1 , sebab hello Gate 1 kot, of course Mjolnir tu depan Gate 1, lepas pergi gate 1 tak jumpa, jalan lagi ke depan, jalan punya jalan habis satu stadium aku pusing. Padahal kalu tadi ke kanan je memang depan tu je, memang kalau pergi jenguk dari kanan tu memang nampak terus dah! Ape benda yang membongak sangat.
Dah ambil gambar, dah amaze dengan hammer tu, tak lah besar sangat pun, but hello Chris Hemsworths been there okay, so I basiclly breath same air with him, stand on same land with him. Arghh so excited. Dah lah excited tu, owh lupa, masa pergi Marvel Stadium ni, aku, hajar & Abg Syed je pergi. Along jaga luggage sebab luggage storage tu full weh. Yang kecik-kecik tu mana nak muat!
      

     
  
So dah reunite with along back, Along & Abg Syed pergi beli kebab while aku and Hajar jaga bag pulop. Duk edit gambar, duk menlenguk tunggu time nak pergi Avalon. Makan kebab sekejap and decide lets do more shopping kan. Depan Southern Cross Station tu ada satu mall. So masuk membeli belah lagi yeayyy.. Ada satu shop ni jual stationery, jual gift card and lots of DIY stuff. And of course sis is crazy over all of that, buy gift card, buy notebook, buy planner deco stuff. Pusing kedai a few time more, pastu arghh semua benda lah cantik gila. And pergi Chemist store for last minute perfume shopping. Hari tu masa pergi chemist store ni tak rasa nak beli perfume, sebab macam argh sayang lah duitkan, perfume dekat rumah dah banyak. Tapi ni ada lagi duit lebih sikit, beli lah perfume. End up with 3 bottle new perfume, fuhh memang tak tinggal langsung weh Aud.

Since flight malam kan, banyak sangat lah lagi masa terluang, nak pergi airport pukul 3.30 p.m and flight around pukul 9.30 p.m. engkau tengok betapa banyak nya masa yang ada. Ni semua sebab kene check out pukul 10.00 a.m. lah ni. Kalau boleh check out lewat sikit tak lah boring sangat. So dah bosan lepak dengan Southern Cross Station, duit pun dah surut, kami pun pergi lah ke airport. Sambung makan dekat airport yang memang kecik sangat-sangat. Store pun takda, jual wine je buat ape. After that sembang dengan a fews Malaysian yang jumpa dekat airport. Waiting game are so strong weh bila travel ni. 

Flight depart finely, naik flight terus tidur, makan dan tidur lagi. Sampai KLIA pukul 4.00 a.m. Malaysia time and dear katil I miss you.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments